Pelakon Amelia Christie menolak dakwaan dirinya sudah berhijrah sepenuhnya selepas tampil mengenakan jubah dan tudung labuh sebelum ini yang telah mencetuskan tanda tanya.
Menurutnya, dia kini masih belum berhijab dan meminta peminat untuk bertenang.
“Bawa bertenang kawan-kawan ku, belum lagi adui!” tulis menerusi Instagram Story.
Kekeliruan itu terjadi selepas Amelia memuat naik video dalam TikTok memperlihatkan dirinya memakai jubah dan hijab sambil meluahkan rasa syukur terhadap ujian hidup dilalui.
“Terima kasih Ya Allah, cara-Mu mendewasakanku sungguh luar biasa,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji kecantikan dirinya berimej sopan selain mendoakan agar pelakon tersebut terus istiqamah.
Bagaimanapun, Amelia menegaskan bahawa perubahan tersebut belum berlaku buat masa ini.
Sumber: Kosmo