"Baru Lahir Dah Nak Raya" - Bapa Nervous Tersalah Takbir Anak Baru Lahir

Viral di Tiktok baru-baru ini, sebuah video yang dikongsi seorang isteri yang baru sahaja lepas bersalin, menunjukkan suaminya yang tersalah melaungkan takbir raya ketika ingin melaungkan azan kepada anak mereka yang baru sahaja lahir. 

Melalui video tersebut, suaminya itu kelihatan agak ‘nervous’ mungkin kerana terlalu teruja menerima cahaya mata. 

 

@kejoradd199 #nerves #🤪🤪🤪 ♬ bunyi asal - dinda

“Tiba-tiba dah nak raya, kenapa takbir raya pulak tu”, tulis kapsyen isterinya. 

Apabila  si suami ini tersalah melaungkan takbir ditelinga anaknya, si isteri menegur dan menyuruh dia untuk mengazan bukannya takbir raya. Situasi ini membuatkan ramai netizen terhibur dan turut memberikan komen yang kelakar. 

baru lahir dah nak raya - bapa nervous tersalah takbir anak baru lahir

Sumber: Tiktok @kejoradd199