Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru-Paru, Kini Dalam Keadaan Baik

Pelakon Datuk Adi Putra dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru dan kini sudah berada dalam keadaan yang stabil dan dibenarkan pulang ke rumah. 

 

Berita ini dikongsi oleh isterinya, Datin Aida Yusof dan suaminya kini  berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah.

 

“Selepas mendapat rawatan sejak dimasukkan ke hospital Jumaat lepas, keadaan dia okey sedikit dan beransur pulih. Doktor dah beri ubat antibiotik. Keputusan ujian darah juga tidak menunjukkan ada masalah serius. Jadi malam tadi dia dibenarkan pulang.

 

“Cuma doktor berikan dia cuti lagi dua hari sebelum dia kembali semula ke set penggambaran,” katanya. 

 

Menurut Aida, Adi dimasukkan ke hospital selepas dia jatuh sakit ketika berada di set penggambaran drama. 

 

“Dia telefon saya mengadu sakit ketika itu. Memang kebelakangan ini dia sangat sibuk. Berulang-alik antara Malaysia dan Mekah. Kemudian sambung semula dengan penggambaran drama. Selepas ini dia akan ke Mekah semula pada Januari nanti.

 

“Adi memang kuat bekerja. Kalau boleh dia tidak mahu menyusahkan semua kru yang terlibat,” jelasnya.

 

Sumber: Kosmo