Pernah disapa dengan cara yang pelik, penyanyi Ayda Jebat menyifatkan peminat kini lebih berani sehingga hilang adab ketika bertemu dengan artis di tempat umum.
“Saya buat perkongsian supaya orang tahu dan faham bahawa saya tak selesa. Sebenarnya, apa yang saya kongsi kadang rasa macam patut atau tak cakap sebab takut mengguris perasaan peminat.
“Bagi saya perjalanan dalam industri dah lama dan orang sekarang semakin hilang common sense dan adab. Ada yang jalan terus tangkap gambar depan muka saya tanpa cakap apa-apa.
“Selain daripada itu, ada yang selalu cium saya, mungkin dia sayang saya. Bukan tak boleh terima tetapi rata-rata tak minta izin,” katanya.
Dalam pada itu, Ayda akui dihimpit perasaan takut untuk keluar bersama keluarga.
“Sejujurnya, privasi tiada sebab dah jadi selebriti tetapi batas perlu ada. Saya suka orang sayang saya cumanya kurang selesa.
“Akan ada orang komen kau artis, kalau tidak mahu kena ambil gambar, duduk rumah. Saya bekerja, nak juga bawa keluarga jalan-jalan.
“Bila jadi begini, mereka macam kurang sopan, buat saya rasa takut nak keluar. Tidak mungkin nak kena upah pengawal peribadi, saya tak suka,” ujarnya.
Sumber: Kosmo