Mengumumkan pertunangan pada November lalu, pelakon Siti Saleha seakan memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen ternama tempatan, Joshua Fitton, masa terdekat.
Perkara ini dapat dilihat dalam perkongsian Siti Saleha dalam Instagram yang diberikan kejutan memasuki sebuah bilik yang dipenuhi belon.
Bukan itu sahaja, dalam perkongsian yang sama dilihat seorang rakan menyarungkan kain layah atau ‘veil’ yang tertera tulisan ‘bride’ (pengantin perempuan).
Perkongsiannya menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat yang turut teruja menunggu hari bahagia kakak kepada Sam Bunkface itu.
“Tahniah sayang, saya sangat gembira,” kata peminat.
“Tumpang gembira untuk awak Sally,” ujar pengikut.
Sumber: Kosmo