Wanita Simpan 67 Bangkai Kucing Dan Anjing Dalam Rumah, 80 Lagi Haiwan Dibiar Terabai

Kejadian di Bangkok terbongkar apabila polis berjaya menangkap seorang wanita yang menyimpan 80 haiwan yang masih hidup, 63 bangkai kucing dan seekor bangkai anjing di dalam rumahnya. 

Laporan ini telah dibuat oleh jiran-jirannya kerana bimbang dengan penjagaan haiwan-haiwan yang berada di dalam rumahnya itu.

Menurut laporan The Thaiger, terdapat 80 ekor kucing dan anjing yang masih hidup dan dibiarkan terabai. Sesetengah haiwan ada yang dikurung di dalam sangkar dan ada juga yang dilepaskan berkeliaran. 

Watchdog Thailand bersama pasukan polis dari Balai Polis Khan Na Yao dan Jabatan Ternakan memeriksa rumah tersebut dan menemui beberapa perkara lain iaitu ada haiwan yang masih hidup dan terpaksa makan bangkai haiwan yang lain akibat kelaparan dan ada juga haiwan yang telah mati lebih dari setahun.

Selain daripada itu, pihak polis juga menjumpai beberapa bangkai kucing yang diletakkan dalam beg plastik dan disimpan di dalam peti sejuk di rumahnya.

Mengikut laporan polis, wanita tersebut cuba melarikan diri menaiki kereta namun kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar dinding, suspek kemudian tidak menyedarkan diri. 

Walau bagaimanapun, pihak polis telah membawa 80 haiwan yang masih hidup ke hospital haiwan untuk menerima rawatan dan akan berada dibawah jagaan Yayasan Pemuliharaan Gajah dan Alam Sekitar di Chiang Mai.

Sumber: Thaiger