Seorang wanita yang sarat hamil dikatakan mengidam untuk disuap makanan oleh suaminya yang kini sedang berada dalam penjara.
Menurut laporan, suami kepada wanita itu sedang menjalani tempoh tahanan d Balai Polis Kuantan Singingi, Riau, Indonesia.
Pihak berkuasa Kuansing yang mendapat permintaan oleh wanita itu kemudian membenarkannya untuk disuap oleh suaminya yang sedang dipenjarakan atas kesalahan yang tidak disebut.
Kelihatan wanita yang sedang hamil itu berdiri menunggu suaminya disebalik pintu besi, sambil memegang makanan serta senduk.
Selang kemudian, si suami datang dengan memakai baju tahanan, membawakan roti untuk disuapkan kepada isterinya.
Video penuh dengan emosi pertemuan suami isteri itu menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet.
Sumber: Tiktok