Wabak Cacar Monyet Makin Meningkat Di Eropah

Susulan peningkatan kes jangkitan cacar monyet, negara-negara di Eropah kini sedang dalam keadaan berjaga-jaga.

wabak cacar monyet makin meningkat di eropah

Negara seperti Sepanyol dan Portugal telah mencatatkan kes jangkitan cacar monyet dan ia kini sedang dipantau oleh pihak berkuasa kesihatan Eropah.

.

Sepanyol misalnya mengesan 23 kes yang berpotensi sementara Portugal mengesahkan lima kes daripada 20 kes yang disyaki. Kesemua lima kes di Portugal melibatkan pesakit lelaki dan kesemua pesakit dalam keadaan stabil.

wabak cacar monyet makin meningkat di eropah

Kes pertama mula dikesan di Britain pada 7 Mei lalu dan pihak berkuasa kesihatan Eropah sedang mengesan enam lagi di negara itu.

.

Cacar monyet (Monkeypox virus) adalah jangkitan virus yang jarang berlaku dan ia mirip dengan cacar manusia. Antara gejala cacar monyet adalah demam, sakit kepala dan ruam kulit bermula pada muka dan merebak ke seluruh badan.

wabak cacar monyet makin meningkat di eropah

Sumber: [1]