Tips Nak Elak Kehilangan Rambut Untuk Lelaki

tips nak elak kehilangan rambut untuk lelaki

Rambut merupakan imej terpenting bagi seseorang terutama lelaki. Kalau korang perasan, lelaki ni mudah sangat hilang rambut sebab setiap masa terdedah dengan cuaca dan persekitaran kan?

So, hari ni kitorang nak kongsikan macam mana nak elakkan daripada kehilangan rambut untuk kaum lelaki.

1. Basuh rambut dengan shampoo

Orang lelaki jangan ingat tak kena pakai shampoo ye. Sebab kalau korang jarang basuh rambut, benda ni akan menyebabkan lagi mudah untuk keguguran rambut. So, beli lah shampoo yang bersesuaian dengan rambut korang.

2. Jaga pemakanan dengan amalkan makanan berprotein

Makanan pun sangat memainkan peranan tau. Ini kerana kalau korang tak jaga makan, benda ni akan memberi kesan kepada rambut korang. Seeloknya makan makanan berprotein seperti ikan, kacang soya dan lain-lain lagi.

3. Jangan mengganggu rambut ketika basah

Orang lelaki ni kalau rambut tengah basah diorang selalu lap dengan tuala. Tapi waktu tu lah rambut berada dalam keadaan paling lemah. So, elakkan mengganggu rambut ketika rambut sedang basah

Sumber: Times of India