Tiga Dos Sinovac Mampu Hasilkan Antibodi Menentang Omicron - Kajian

Kajian terbaru mendapati tiga dos vaksin keluaran syarikat biotech Sinovac mampu menghasilkan antibodi peneutralan sebanyak 94 peratus terhadap varian COVID-19 Omicron.

tiga dos sinovac mampu hasilkan antibodi menentang omicron - kajian

Memetik laporan Global Times menerusi Astro Awani, penghasilan antibodi peneutralan dalam tubuh manusia adalah pada kadar 35 peratus selepas dua dos suntikan.

Kajian itu melibatkan 20 individu yang menerima dua dos suntikan dan 48 individu lain yang menerima tiga dos suntikan vaksin keluaran Sinovac yang mana tujuh daripada kumpulan pertama dan 45 daripada kumpulan kedua didapati positif dalam meneutralkan antibodi menentang varian Omicron.

Jelas Sinovac, kajian pemberian dos penggalak adalah sangat berkesan terhadap varian Omicron yang mudah menular.

Terdahulu, Omicron pertama kali dikenal pasti sekitar November lalu dan kini telah menular ke 77 negara dan wilayah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Britain menjadi negara pertama yang melaporkan kes kematian pertama melibatkan varian tersebut pada Isnin lepas.

 

Sumber: [1]