Pasangan ini langsung tidak menyangka mereka akan memiliki cahaya mata satu hari nanti.
Menerusi laporan thesun.uk, doktor memaklumkan kepada pasangan Britainy Clark dan James Grouval, peluang untuk mereka mempunyai anak adalah mustahil.
Britainy telah didiagnosis dengan endometriosis.
James Grouval dan Britainy Clark, kedua-duanya berusia 24 tahun.
BACA: Wajah Menyeramkan, Bakal Ibu Terkejut Lihat Imbasan Bayi Dalam Kandungan
Disebabkan Britainy kerap sakit, James menyuruhnya untuk mengambil ujian kehamilan dan hasilnya benar-benar mengejutkan mereka berdua.
Siapa sangka, mereka akhirnya bakal menjadi ibu dan ayah kepada anak mereka sendiri.
Apa yang lebih mengejutkan, ketika melakukan imbasan mereka dapati terdapat satu wajah misteri pada foto imbasan tersebut.
Ibu Britainy menganggap ia adalah petanda baik. Manakala makciknya pula beranggapan terdapat malaikat pelindung yang menjaga anak di dalam kandungan itu.