Strim Pelbagai Rancangan Hebat Sempena Ramadan Ini Di Disney+ Hotstar!

Bersempena dengan Ramadan kali ini, anda boleh menikmati rancangan terbaru yang mengujakan di Disney+ Hotstar baik bersama keluarga tersayang dan sahabat karib dari keselesaan rumah!

Dari siang hingga malam, berikut merupakan himpunan tujuh rancangan khas khusus buat anda.

Dari kisah ‘coming-of-age’, drama keluarga komedi sehingga siri TV romantik yang pastinya akan menghiburkan hati anda!

strim pelbagai rancangan hebat sempena ramadan ini di disney+ hotstar!

  • 30 Hari Sebelum Raya

Apa yang akan berlaku apabila Mak Leha yang berperangai kelam-kabut tersilap memberi diagnosis bagi simptom suaminya, dan menyangka dia hanya dapat hidup 30 hari sehingga Raya? Saksikan bagaimana keluarga ini bergelut dengan realiti ‘penyakit’ ketua rumah itu, di samping membuat persiapan untuk Raya dalam siri komedi yang akan ditayangkan pada 30 Mac ini.

strim pelbagai rancangan hebat sempena ramadan ini di disney+ hotstar!

  • Do You Love Me, Captain?

Dibintangi bintang tempatan yang sedang melonjak naik, Sharifah Rose dan Ali Rezark, kisah ini menelusuri nasib Daneena ketika dia cuba melarikan diri daripada agenda kejam ibu saudaranya dengan bersembunyi di sebuah banglo di tepi laut. Bagi merahsiakan identitinya, dia berkahwin dengan Darish, Kapten TUDM yang merupakan pemilik banglo itu, dan menyamar sebagai pembantu rumah. Adakah identiti sebenar Daneena dapat dirahsiakan? Adakah rancangan ibu saudaranya mustahil dielakkan? Ikuti siri ini mulai 13 April untuk ketahui jawapannya!

strim pelbagai rancangan hebat sempena ramadan ini di disney+ hotstar!

  • Wedding Agreement The Series

Perceraian biasanya tidak akan terlintas dalam pemikiran pengantin baharu pada malam perkahwinannya, namun bukan begitu untuk Tian. Diolah semula daripada filem Indonesia 2019 dengan tajuk yang sama, sekuel 10 episod ini bermula apabila suami Tian, Bian, mencadangkan satu perjanjian bahawa mereka akan bercerai satu tahun selepas perkahwinan, kerana perkahwinan itu semata-mata bagi memenuhi kehendak ibu bapanya. Sarat dengan adegan menyayat hati dan cinta segi tiga yang rumit, drama bersiri Indonesia ini pastinya akan menjentik emosi anda.

strim pelbagai rancangan hebat sempena ramadan ini di disney+ hotstar!

  • Turning Red

Turning Red merupakan satu kisah yang menyentuh hati tentang Mei, seorang gadis berusia 13 tahun yang membesar dalam sebuah rumah tangga Asia yang klasik. Selain mengalami zaman akil baligh yang bergelora, Mei berasa amat tertekan untuk memenuhi harapan tinggi ibunya. Keadaan berubah apabila Mei mendapati dia akan berubah menjadi seekor panda merah raksasa apabila berasa tertekan, sekali gus menjadikan kehidupan remajanya porak-peranda. Hayati nostalgia awal 2000-an dengan menstrim filem ini di Disney+ Hotstar Ramadhan ini.

strim pelbagai rancangan hebat sempena ramadan ini di disney+ hotstar!

  • Encanto

Satu lagi kisah indah tentang dilema memenuhi harapan dan tradisi keluarga yang diceritakan melalui Encanto. Filem mempesonakan ini mengikuti perjalanan Maribel untuk menemui apa yang menjadikannya unik, dan melakar satu gambaran berwarna-warni tentang betapa pentingnya keutuhan kekeluargaan. Nikmati rancangan menyentuh hati ini bersama keluarga tersayang, dan jangan lupa untuk menyediakan beberapa kotak tisu sebelum anda menstrim filem pemenang anugerah Oscar® 2022 ini!

strim pelbagai rancangan hebat sempena ramadan ini di disney+ hotstar!

  • Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Bagi yang berjiwa muda, filem keluaran tempatan ini harus berada di atas senarai tontonan Ramadhan anda! Ia mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin apabila mereka dibawa ke sebuah kerajaan fantastik bernama Inderaloka, di mana mereka berhadapan dengan cabaran untuk menyelamatkan kerajaan tersebut daripada raja jahat.

strim pelbagai rancangan hebat sempena ramadan ini di disney+ hotstar!

  • Soundtrack #1

Berlatar belakangkan musim sejuk di Seoul moden, Soundtrack #1 mengisahkan cinta tidak berbalas antara dua sahabat karib yang ditugaskan untuk menghasilkan sebuah karya muzikal. Selepas tinggal di bawah bumbung yang sama selama dua minggu untuk menghabiskan lagu tersebut, pasangan itu, yang dibintangi pelakon veteran Park Hyung-Sik dan Han So-Hee, terpaksa berdepan dilema antara persahabatan dan percintaan. Strim Soundtrack #1 secara eksklusif di Disney+ Hotstar, dengan episod baharu setiap hari Rabu.

Anda boleh strim rancangan dan filem kegemaran mulai sekarang dengan melanggan perkhidmatan secara terus di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS pada harga RM54.90 selama tiga bulan*.

Akses Disney+ Hotstar di Astro dengan tawaran yang menakjubkan. Pelanggan Astro Movies Pack (CH411 – CH416) perlu mengaktifkan melalui astro.com.my/Disney bagi memulakan penstriman Disney+ Hotstar.