Semburan Hidung Cegah COVID-19 Tersedia Hujung Tahun Ini

Dalam usaha melawan penularan wabak COVID-19, pelbagai cara dilakukan menerusi kajian demi kajian saintis di seluruh dunia. Antaranya adalah semburan hidung anti COVID-19.

semburan hidung cegah covid-19 tersedia hujung tahun ini

Penyembur hidung yang dibangunkan saintis Thailand itu dikatakan mampu mencegah koronavirus dan dijangka tersedia kepada orang ramai menjelang akhir tahun ini.

 

Menurut laporan, kajian yang menggunakan haiwan di makmal menunjukkan hasil daripada semburan hidung itu mampu menghalang virus berkenaan daripada memasuki badan.

semburan hidung cegah covid-19 tersedia hujung tahun ini

Semburan hidung hasil kerjasama Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan, Universiti Silpakorn, Universiti Chulalongkorn, Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan dan organisasi biosains swasta yang tidak dinamakan ini turut mendapat pembiayaan daripada sektor perniagaan dan Institut Penyelidikan Perkhidmatan Manusia (HSRI) yang dikendalikan oleh kerajaan.

 

Semburan berkenaan juga adalah berdasarkan kajian terdahulu yang menggunakan antibodi monoklonal yang dikumpulkan daripada pesakit COVID-19 yang telah pulih.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN