Rozita Che Wan Pernah Tolak Tawaran Mainkan Watak Sebagai Ibu Remy Ishak

Selebriti Rozita Che Wan baru-baru ini mengakui bahawa dia terpaksa menolak tawaran untuk melakonkan watak ibu dalam siri televisyen baru-baru ini kerana pelakon yang bakal melakonkan sebagai anaknya.

rozita che wan pernah tolak tawaran mainkan watak sebagai ibu remy ishak

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Rozita, 48, yang mesra disapa sebagai Che Ta mengatatakan bahawa dia ditawarkan untuk melakonkan watak kepada Remy Ishak dalam sebuah drama 40 episod walaupun pelakon lelaki itu hanya berusia sembilan tahun lebih muda daripadanya.

"Sebelum ini saya okay saja melakonkan watak ibu, tapi tidaklah sampai tahap pelakon yang jadi anak itu dewasa sangat. Saya pun selalu dapat watak ibu dan ia bukan isu besar. Cuma, agak-agaklah juga nak gandingkan saya dengan pelakon yang menjadi anak itu.

"Remy terlalu matang untuk menjadi anak saya dalam drama berkenaan. Kalau nak digandingkan pelakon watak ibu dan anak, biarlah logik akal," jelasnya.

Kongsinya lagi, sebelum ini mereka juga telah beberapa kali berganding bersama namun kebanyakan watak yang dilakonkan adalah sebagai pasangan kekasih.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN