Musim Ke-2 All of Are Dead dan Taxi Driver Buat Ramai Teruja!

Berita baik untuk peminat siri drama Korea kerana tidak lama lagi beberapa drama popular disahkan akan memasuki musim kedua.

.

Menurut laporan, dua rancangan Korea popular yang ditayangkan di Netflix iaitu All of Us Are Dead dan Taxi Driver disahkan akan memasuki musim keduanya.

musim ke-2 all of are dead dan taxi driver buat ramai teruja!

Ia selepas video balik tabir oleh team produksi All of Us Are Dead yang memaparkan Yoon Chan-young, Park Ji-hu, Lomon dan Cho Yi-hyun mengucapkan terima kasih kepada peminat drama itu untuk sokongan dan akan kembali untuk musim kedua. Malah Netflix juga telah memuatnaik video pengumuman tentang musim kedua drama ini di Youtube rasmi mereka.

Turut memasuki musim kedua nanti ialah drama aksi SBS Taxi Driver. Pelakon Lee Je-hoon, Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin, Jang Hyuk-jin dan Bae Yoo-ram semuanya dilaporkan akan kembali untuk musim baharu, yang akan disiarkan awal tahun depan.

musim ke-2 all of are dead dan taxi driver buat ramai teruja!

Sementara itu, filem dengan genre thriller Hellbound, yang menamatkan tayangan enam episodnya, juga dikatakan akan memasuki musim kedua. Penggambaran dijangka bermula tahun depan, dengan tayangan rasmi akan menyusul sama ada pada separuh kedua 2023 atau pada 2024.

musim ke-2 all of are dead dan taxi driver buat ramai teruja!

Dalam perkembangan sama, Netflix turut mengacah teaser ringkas drama aksi popular mereka, iaitu Squid Game yang juga akan memasuki musim keduanya tidak lama lagi.

peminat teruja netflix dedah teaser ringkas squid game musim kedua

Sumber: [1], [2]