Masuki Fasa Peralihan Ke Endemik, Tiada Lagi Had Bagi Aktiviti Sukan & Rekreasi

Aktiviti sukan dan rekreasi kini boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa terikat kepada had tertentu selaras dengan fasa peralihan endemik bermula semalam.

masuki fasa peralihan ke endemik, tiada lagi had bagi aktiviti sukan & rekreasi

Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, walaupun dibuka sepenuhnya, sektor sukan dan rekreasi bagaimanapun masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara kemudahan baru yang diperkenalkan bahawa sektor sukan dan rekreasi termasuk tiada had kapasiti penyertaan bagi melakukan aktiviti berkumpulan dan penganjuran sebarang pertandingan mahupun acara sukan dan rekreasi.

“Ia bagaimanapun tertakluk kepada kemampuan mengekalkan penjarakan fizikal sebelum dan selepas aktiviti atau acara diadakan,” katanya.

Namun jelas Ahmad Faizal, pembukaan sektor sukan dan rekreasi ini terhad kepada individu yang telah melengkapkan vaksinasi serta individu yang sekurang-kurangnya telah melengkapkan vaksinasi dos primer.

“Bagaimanapun bagi pengembara dari luar negara yang akan memasuki Malaysia, mereka perlu mengikut SOP ditetapkan iaitu hanya pengembara yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan menikmati kemudahan di bawah sektor sukan dan rekreasi.

“Orang ramai juga boleh merujuk kepada garis panduan #ReopeningSafely berkaitan aktiviti dan fasiliti sukan, rekreasi dan riadah bagi tujuan mengenal pasti dan penilaian risiko.”

 

Sumber: [1]