Gelombang pertama banjir di Terengganu bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang terjejas meningkat kepada 2,765 mangsa.
Sebanyak lima daerah di negeri itu masih terjejas setakat pagi hari ini dan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan membabitkan daerah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Setiu.
Menerusi laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Kemaman terus merekodkan mangsa tertinggi dengan 2,584 mangsa.
Sementara itu, seramai 69 mangsa daripada 19 keluarga yang terjejas ditempatkan di satu PPS di Setiu manakala di Marang, satu PPS dibuka sebagai tempat berlindung 13 mangsa daripada empat keluarga.
Dalam pada itu, hujan melanda di beberapa tempat di negeri ini dan jumlah mangsa turut menunjukkan trend meningkat.
Sumbe: Awani