Pelakon terkenal Nabila Huda, akui tindakan segelintir pelakon baharu berhubung isu buli di set penggambaran sebagai mana disuarakan segelintir pelakon muda tidak patut dikeluarkan.
“Kenyataan yang dibuat itu sampah. Perkara peribadi tidak patut dikeluarkan. Isu buli tidak berlaku pun di set penggambaran. Selalunya kami semua gembira sahaja. Mungkin orang itu yang saya rasa tidak bersedia untuk jadi pelakon. Lebih baik anda cari kerjaya lain, pergi jadi influencer.
“Mungkin anda tidak sesuai bekerja dengan abang dan kakak di set penggambaran kerana pemikiran anda berbeza dengan kami. Mentaliti anda bukan mentaliti orang seni,” kata Nabila.
Hal ini disuarakan Nabila susulan isu buli di set penggambaran dan dia menasihati pendatang baharu supaya tidak memberi sebarang kenyataan yang boleh memberi impak negatif terhadap industri seni tanah air.
Menurutnya, setiap anak seni terutama bergelar pelakon berusaha keras untuk menempah nama dalam industri.
“Setiap pelakon bersungguh-sungguh untuk bina nama, semua sayang dengan kerjaya mereka. Jangan disebabkan kenyataan anda itu buat orang pandang buruk dengan kami (pelakon). Berhenti buka pekung sendiri kepada orang luar, jangan biar orang pandang buruk pada kita,” tambah Nabila.
Sumbe: Kosmo