Pemandu Treler Hempap Kereta Akan Didakwa Hari Ini

Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Tengah pada Rabu lepas akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam di sini hari ini.

 

Menurut Ketua  Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris, lelaki berusia 51 tahun itu akan didakwa hari ini selepas tamat tempoh reman semalam. 

 

"Lelaki itu yang ditahan selepas kemalangan tersebut direman hingga Ahad (17 Nov) untuk siasatan lanjut kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. 

 

Dalam kejadian itu, seorang wanita maut dan seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah di sini.

 

Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah adalah pemandu Honda Jazz.

 

Sumber: Awani