“Ikutkan Hati Nak Berlakon Aksi Tapi Ada Slip Disc, Mungkin Lepas Ni Saya Bawa Watak Megah Holdings Saja” - Beto Kusyairy

Pelakon terkenal Beto Kusyairy akui terpaksa mengurangkan babak aksi dalam lakonannya kerana mempunyai masalah slip disc (tulang belakang). 

 

Menurutnya, masalah tulang belakang ini berpunca daripada kecederaan lama yang kembali seiring dengan usianya. 

 

“Umur saya sudah 44 tahun, sudah pasti semua perkara menjadi perlahan. Mahu buat badan jadi perlahan, apatah lagi pergerakan sudah tidak sama seperti zaman muda dahulu.

 

“Banyak kecederaan lama yang saya tidak pernah layan sebelum ini, sekarang datang semula. Pinggang mula sakit dan ketika menjalani pemeriksaan Kesihatan baru-baru ini rupanya ada dua tempat slip disc. Selama ini saya memang tidak layan sakit itu.

 

“Ikutkan hati mahu berlakon aksi, tetapi kemampuan fizikal tidak membenarkan, sudah terbatas sedikit. Saya terfikir juga mahu perlahankan watak-watak yang terlalu aksi. Mungkin selepas ini saya berlakon cerita Megah Holdings saja,” katanya. 

 

Sumber: Kosmo