KL Bandar Ketiga Di Dunia Paling Berharga Untuk Berpindah

Kuala Lumpur merupakan bandar ketiga paling berharga di dunia untuk berpindah, berdasarkan kajian oleh money.co.uk di United Kingdom.

kl bandar ketiga di dunia paling berharga untuk berpindah

Kajian tersebut telah mempertimbangkan banyak faktor seperti harga rumah, kos sara hidup dan gaji purata bagi menentukan tempat paling terbaik untuk berhijrah.

 

Daripada kajian tersebut, bandar terbesar di Turki iaitu Istanbul, dipilih sebagai bandar paling berharga di dunia untuk berpindah dengan kos sara hidup tahunan 12,753 pound (RM71,269).

 

Buenos Aires di Argentina pula pada tempat kedua dengan kos sara hidup tahunan 13,802 pound (RM77,132) dan Kuala Lumpur di tempat ketiga dengan 15,240 pound (RM85,168).

 

Basel di Switzerland pula menjadi bandar paling mahal untuk berpindah dengan kos sara hidup tahunan mencecah AS$72,118 (RM304,775), diikuti Doha di Qatar dengan kos sara hidup tahunan AS$54,683 (RM231,094).

 

Sementara itu, Austin di Texas, Amerika Syarikat berada pada kedudukan ketiga bagi capaian Internet terbaik dengan kelajuan 87.5 Mbps dan suhu purata 20.4 darjah Celcius.

 

Sumber: [1]