Personaliti TV, pelakon dan model dari Amerika Syarikat, Kim Kardashian adalah figura yang cukup dikenali di serata dunia.
Ketika diusia 41 tahun, selebriti terkenal itu menafikan sekeras-kerasnya perbuatan melakukan pembedahan plastik atau menyuntik botoks pada anggota tubuhnya untuk kelihatan cantik.
.
Malah beliau mengakui tidak melakukan sebarang proses penyambungan rambut pada bulu mata dan apa jua pembedahan yang aneh pada wajah dan badan. Katanya bulu matanya itu adalah asli dan tidak disambung.
Sebaliknya Kim hanya melakukan rawatan laser di rumah pada waktu tengah malam selepas segala pekerjaannya selesai.
.
“Saya hanya melakukan rawatan laser di rumah pada waktu tengah malam selepas segala pekerjaan saya selesai.
“Ketika semua orang sudah masuk tidur, waktu itulah saya lakukan rawatan kecantikan tanpa sebarang gangguan,” katanya.
.
Kim pernah berkata beliau sanggup memakan najis sekiranya cara itu terbukti berkesan untuk menjadikan wajahnya cantik.
.
“Saya sanggup memakan najis jika itu boleh membuatkan saya cantik. Bahkan memakannya setiap hari pun tidak mengapa,” kata dalam satu temubual yang diadakan bersama New York Times.
.
Sumber: [1], [2]