Bukti Kebangkitan, Kaka Azraff Kini Tampil Dengan Lagu Dilemma

Lagu Dilemma menjadi saksi kepada kebangkitan penyanyi Kaka Azraff. Meskipun kini lebih memilih untuk berdiri atas kaki sendiri, ini membuktikan rezeki tidak pernah salah alamat. Selain itu, apa yang penting karya ini merupakan buah tangan kepada peminat Kaka yang masih menyokong dan menyayangi beliau dari dulu. 

Lagu Dilemma menjelaskan tentang perasaan seseorang yang dihimpit oleh tekanan hidup. Hal ini bakal memberi kesan memukau kepada pendengar dengan melodi yang mendayu dan lirik yang menyentuh jiwa.

bukti kebangkitan, kaka azraff kini tampil dengan lagu dilemma

"Perasaan pada ketika itu bercampur baur kerana genre kali ini berlainan dengan karya-karya saya yang lain. Tetapi dengan bantuan Farouk Roman, yang merupakan komposer dan produser lagu Dilemma, berjaya membentuk vokal dan meneroka suara saya dengan genre ballad. Oleh hal demikian, ia menimbulkan perasaan teruja, gementar, dan gembira dalam masa yang sama. Secara tidak langsung, ia memudahkan saya untuk menyampaikan emosi melalui liriknya,” kata Kaka. 

Dilemma tidak sekadar sebuah lagu, tetapi merupakan cerminan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Lagu Dilemma menggambarkan perjuangan seseorang yang berhadapan dengan kemurungan dan rasa putus asa dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan ujian. 

Lagu “Dilemma” boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih.