Anggota kumpulan BTS, Jin lima minggu yang lalu secara rasmi telah menyertai perkhidmatan ketenteraan mandatori Korea Selatan bagi tempoh 18 bulan.

Kini Jin dilaporkan telah berjaya menamatkan latihan asas dan telah berkongsi berita itu kepada peminatnya di Weverse.
“Saya seronok menghabiskan masa saya di sini. Saya menyiarkan foto-foto ini selepas mendapat kebenaran daripada tentera. ARMY, saya harap anda sentiasa dalam keadaan gembira,” tulisnya.
Sebelum ini, Jin telah mendaftar pada 13 Disember yang lalu di pusat latihan rekrut Divisyen Infantri ke-5 di Yeoncheon County Gyeonggi dan dijangka akan meneruskan khidmat sebagai penolong tenaga pengajar dalam batalion yang sama.
Sumber: Awani