Seperti yang kita tahu Capsicum mempunyai empat jenis warna yang berbeza iaitu merah, kuning, oren dan hijau. Dan capsicum juga merupakan makanan yang tinggi dengan vitamin C.
Tetapi, diantara empat jenis warna ini, yang mana satu lebih mempunya banyak vitamin dan berkhasiat lebih-lebih lagi untuk anak-anak?
Dr Mazliana Mazlan ada berkongsi tentang buah capsicum ini di dalam laman Facebook miliknya.
“Warna hijau, adalah capsicum yang belum masak sepenuhnya. Warna kuning, oren dan merah pulak, capsicum yang dah ranum.
“Yang ranum, lebih tinggi vitamin C dan vitamin lain berbanding yang hijau. Rasa pun lain kan. Hijau macam kelat pahit sikit, berbanding 3 warna lain yang rasa lebih manis”, kata Dr Mazliana.
Jadi, yang mana satu yang terbaik untuk diberikan kepada anak-anak? Menurut Dr Mazliana, beliau menyarankan untuk kenalkan semua jenis capsicum kepada anak-anak.
Sebab?
-
Biar anak rasa semua jenis capsicum.
-
Biar anak nampak warna warni makanan segar.
-
Biar anak dapat setiap jenis khasiat dari setiap warna capsicum.
Vitamin yang ada dalam capsicum:
-
Vitamin C
-
Vitamin B6
-
Vitamin K
-
Folate
-
Pottasium
-
Vitamin E
-
Vitamin A
Banyak kan? Dan semua vitamin di atas adalah keperluan untuk tubuh anak-anak membesar dengan sihat. Antara kesemua warna ni, capsicum merah antara yang tertinggi kandungan beta carotene, penting untuk kesihatan mata anak. Lebih 11 kali ganda beta carotene dalam capsicum merah berbanding warna hijau.
“Kita mula kenalkan capsicum dengan anak, seawal umur 6 bulan. Masuk dalam bubur boleh, bagi anak pegang dan makan pun boleh”, tambah Dr Mazliana.
Tetapi, perlu diingatkan capsicum ini adalah antara sayur yang tinggi dengan kandungan salicylate.
Kalau ada anak anda mempunya ekzema, atau anak anda mempunyai alahan kulit gatal-gatal, elakkan daripada makan capsicum. Dah sembuh sepenuhnya nanti, baru anda boleh kenalkan anak dengan capsicum.
Sumber: Facebook @Mazliana Mazlan