
Jangan Panaskan Semula Nasi Yang Dah Sejuk, Ini Sebabnya!
Kalau ada nasi sejuk dekat rumah, mesti kita nak panaskan semula bila nak makan, kan? Tapi, sebenarnya cara ni sangat merbahaya dan boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan.
Menurut twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, tak ada masalah pun kalau nak panaskan nasi yang sejuk. Tapi korang kena pastikan nasi yang dipanaskan semula tu disimpan dengan sempurna.
Kalau main terbiar je dan ditinggalkan dalam suhu bilik lebih 4 jam, spora yang terdapat dalam nasi tu aktif semula.
Jadi, selepas spora tersebut aktif, ia akan menyebabkan bakteria bacillus cereus membiak sehinggakan toksin beracun terhasil.
Konklusinya, ok je kalau korang nak panaskan semula nasi. Cuma pastikan nasi tersebut disimpan dalam keadaan yang baik.
Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia