Jagat Arwah Bakal Menghantui Penonton Di Pawagam Hujung Bulan Ini

Tidak tampil seperti “stereotype’ filem hantu yang lain, Jagat Arwah bakal tampil dengan sudut yang berbeza di mana hantu digambarkan sebagai ‘superhero’. Ini secara tidak langsung menyaksikan penerbit Visinema Pictures kini kembali dengan sesuatu yang baharu. 

jagat arwah bakal menghantui penonton di pawagam hujung bulan ini

Jagat Arwah merupakan film horor-fantasi pertama penerbitan Visinema Pictures. Dibintangi pelakon muda Ari Irham yang juga bermain dalam film Mencuri Raden Saleh dan juga pelakon jelita Cinta Laura. 

 

Bukan sahaja penuh dengan adegan yang berdebarkan, malah kekuatan naskah ini turut dilihat melalui kualiti teknik Computer Generated Imagery (CGI) yang memukau dan mampu membuatkan para penonton seolah-olah turut terasa dibawa terlibat di dalam filem ini.

jagat arwah bakal menghantui penonton di pawagam hujung bulan ini

Antara babak yang menggerunkan adalah cahaya-cahaya yang menjalari tubuh watak-watak ketika sedang bertarung, daun berterbangan, makhluk ghaib Genderuwo dengan taring yang menakutkan. 

 

Kisah Jagat Arwah bermula apabila kematian Sukmo iaitu ayah kepada Raga yang didapati mencurigakan. Kemudian Raga mendapat tahu dia merupakan keturunan Jagat Arwah dan mewarisi tradisi keluarganya. 

 

Dibantu temannya Jaya, Raga berusaha mengendalikan kekuatan yang ada di dalam dirinya dan bertemu dengan Nonik, Kunti dan Genderuwo. Pertemuan itu kemudian mengubah hidup Raga selamanya.   

 

 

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem seram fantasi, Jagat Arwah di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober 2022 ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.