Korea Selatan Denda Google Dan Meta Akibat Kumpul Maklumat Peribadi Pengguna

Badan pemantau privasi Korea Selatan telah mendenda Google dan Meta sebanyak 100 bilion won (RM324,712,076) akibat menjejak tingkah laku pengguna dalam talian tanpa persetujuan serta menggunakan data mereka untuk iklan yang disasarkan.

korea selatan denda google dan meta akibat kumpul maklumat peribadi pengguna

Menurut Suruhanjaya Maklumat Peribadi dan Perlindungan Korea Selatan, ia mendenda Google sejumlah 69.2 bilion won ($50 juta) sementara Meta 30.8 bilion won ($22 juta) selepas mereka memutuskan perkara yang dilakukan kedua-dua syarikat itu mungkin menyebabkan pelanggaran privasi serius.

Denda tersebut merupakan hukuman terbesar yang pernah dikenakan oleh Korea Selatan bagi pelanggaran undang-undang privasi.

Bagaimanapun, kedua-dua syarikat tersebut menafikan penemuan suruhanjaya itu.

Jelas suruhanjaya itu, Google dan Meta, yang mengendalikan Facebook dan Instagram, tidak memaklumkan pengguna dengan jelas atau mendapatkan persetujuan pengguna semasa mereka mengumpul maklumat tentang aktiviti pengguna dalam talian baik di dalam mahupun di luar platform masing-masing.

Data sedemikian digunakan untuk menganalisis minat mereka dan mencipta iklan yang disesuaikan secara individu, kata suruhanjaya itu.

 

Sumber: AP