COVID-19: 1,9300 Kes Baharu Di China, Malaysia Berjaya Selesaikan 8 Kes

covid-19: 1,9300 kes baharu di china, malaysia berjaya selesaikan 8 kes

Virus novel Koronavirus atau nama rasminya COVID-19 terus mengganas apabila lebih 1,933 kes baharu dilaporkan hanya di wilayah Hubei, China. Bukan takat itu sahaja, lebih 100 kematian dicatatkan pada hari Ahad lalu.

Berdasarkan pihak berkuasa kesihatan tempatan, jumlah itu meningkat sebanyak lima peratus berbanding hari sebelumnya.

Menurut jabatan itu juga, lhampir 90 peratus kes tersebut datang dari bandar Wuhan di mana virus itu mula tersebar. Buat masa ini, wilayah Hubei mencatatkan 58,182 kes dan melibatkan 1,696 kematian.

Ahad lalu, pihak berkuasa Hubei telah mengambil langkah baru untuk membendung wabak tersebut. Buat masa ini, semua laluan kenderaan persendirian disekat dan pergerakan orang ramai di semua tempat dikawal dengan ketat.

Di Malaysia pula, seorang pesakit virus ini di bawah kod kes-15 didapati telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital. Sehingga hari ini, Malaysia telah berjaya menyembuh dan menyelesaikan 8 kes.

Tahniah buat seluruh pegawai kesihatan di Malaysia yang telah bertungkus lumus menyelesaikan masalah ini. Terima kasih!

 

 

Sumber: Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN