Netizen Bengang Lihat Foto Mesra Anna Jobling Bersama Kekasih Aliff Aziz

Dilihat akrab dalam sebuah gambar, nama pelakon Anna Jobling turut terheret dalam kontroversi penyanyi Aliff Aziz dan kekasih gelapnya, Sarah Yasmine. 

Gambar yang dimuat naik Sarah pada Disember lalu yang mengucapkan penghargaan terhadap Anna kerana sudi menjadi teman rapatnya telah menarik perhatian ramai. 

“Terima kasih kerana memberikan saya kebahagiaan sebenar selama tiga hari ini dan menjadi rakan rapat paling baik,” tulisnya pada hantaran tersebut.

netizen bengang lihat foto mesra anna jobling bersama kekasih aliff aziz

Anna turut membalas komen tersebut menerusi ruangan komen. 

“Muah love,” tulis Anna.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa melihat keakraban Anna dan Sarah serta mengatakan Anna tidak layak berkawan dengan Sarah. 

“Tak payah nak berkawan baik sangatlah Anna, penyondol tetap penyondol. Jangan sampai satu masa teman lelaki kau kena sondol, masa itu baru kau tahu sakitnya dikhianati,” kata netizen.

Sumber: Kosmo