Bersiap sedia Blinks, BLACKPINK in your area!

Kumpulan K-Pop wanita popular, BLACKPINK bakal menggegarkan Kuala Lumpur buat kali keduanya dengan lagu dari album kedua mereka iaitu “Born Pink”dengan tarian rancak dan koreografi yang sangat mantap.
Menurut laman Twitter rasmi @ygofficialblink, konsert jelajah 'Born Pink World Tour' itu akan bermula di Seoul pada 15-16 Oktober tahun ini dan akan berterusan ke beberapa negara lain termasuk Malaysia pada 2023.
Jika anda peminat setia BLACKPINK, jangan lepaskan peluang anda membeli tiket yang akan mula dijual bermula pada 17 November 2022 pada 10 pagi waktu tempatan.
BLACKPINK dijadualkan akan mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara pada 4 Mac 2023.
Selain Malaysia, Jennie, Rose, Lisa dan Jisoo juga akan menggegarkan beberapa negara jiran seperti di Bangkok, Singapura, Manila dan Jakarta.

BLACKPINK sebelum ini pernah beraksi di Malaysia untuk konsert jelajah dunia In Your Area pada 23 dan 24 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam sebelum dunia dihadapkan dengan pandemik COVID-19.