Beli Moto Guna Duit Syiling Tiga Jam Kira Wang Bernilai 20.6 Juta Rupiah

beli moto guna duit syiling tiga jam kira wang bernilai 20.6 juta rupiah

Bayangkan korang beli barang dengan duit syiling dan berjumlah mencecah RM 5,791? Banyak kan?

Begitulah yang terjadi pada sebuah kedai menjual motosikal di mana pelanggannya membeli kenderaan itu dengan emnggunakan duit syiling.

Berdasarkan laporan Detik News, pengurus kedai tersebut berkata ini bukan kali pertama kejadian tersebut. Sebelum ini juga ada pelanggan yang datang dan beli motosikal dengan wang syiling. .

"Saya tidak kisah, sebagai peniaga kita perlu melayan pelanggan dengan baik.

"Sudah dua kali perkara ini berlaku. Dulu ada orang datang membawa wang syiling bernilai 8 juta rupiah (RM2,247)," katanya.

Dia berkata, mereka mengambil masa di antara dua hingga tiga jam dan memerlukan enam orang pekerja untuk mengira keseluruhan wang tersebut.

"Ya, semua duit syiling, kira-kira dua hingga tiga jam mengira dengan kekuatan lima hingga enam orang," katanya.

Sumber: Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN