Ingat tak lagi kes selebriti tempatan, Zarith Sofia simpan anak beruang matahari (Helarctos Malayanus)dalam rumah?

Terbaru, selebriti yang juga merupakan bekas peserta rancangan realiti tempatan akhirnya didenda RM27,000 oleh mahkamah seksyen, kerana mengurung hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 tanpa permit khas di kediamannya.

Zarith Sofia atau nama sebenarnya, Zarith Sofia Mohd Yasin, 28, didenda RM20,000 atau penjara enam bulan bagi pertuduhan menyimpan manakala denda RM7,000 atau penjara empat bulan bagi pertuduhan mengurung haiwan itu.
Dipetik dari Astro Gempak, hukuman ini adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya lebih peka tentang kesalahan-kesalahan yang melibatkan hidupan liar.