Awas Link Palsu Konon Boleh Check IC Untuk Dapat Wang RM1,000 Percuma

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak sewang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi secara atas talian, khususnya pada pautan yang tidak ditentusahkan kesahihannya.

awas link palsu konon boleh check ic untuk dapat wang rm1,000 percuma

Misalnya baru-baru ini tular menerusi aplikasi media sosial WhatsApp satu mesej palsu kononnya pengguna boleh membuat tuntutan wang RM1,000 secara percuma dengan menggunakan nombor kad pengenalan.

 

Mesej itu turut menyertakan satu pautan palsu dengan alamat awalannya http yang jelasnya tidak selamat untuk diakses.

awas link palsu konon boleh check ic untuk dapat wang rm1,000 percuma

Menerusi hantaran oleh Kementerian Kewangan, maklumat itu disahkan sebenarnya palsu dan pihak itu menasihatkan agar pengguna tidak mudah terpedaya dengan berita sebegini di media sosial.

 

“Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat ini adalah PALSU.

"Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini di media sosial,” ujar kementerian itu dalam satu hantaran.

 

Sumber: Kementerian Kewangan