César Pelli merupakan artikek yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan bangunan ikonik negara iaitu Menara Berkembar Petronas yang siap dibina pada tahun 1998.
César Pelli, arkitek Argentina itu dilaporkan meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Beliau terkenal dengan hasil kerjanya mereka bentuk beberapa buah bangunan tertinggi di dunia dan pelbagai lagi mercu tanda bandaraya utama.
Selain dari Menara Berkembar Petronas, projek lain yang dikendalikan oleh pengasas firma César Pelli Architects termasuk Pusat Kewangan Dunia di New York, Menara Canary Wharf di London dan kerja-kerja ubah suai muzium seni moden di New York.
Tun M turut bersedih dengan berita kematian arkitek hebat itu.
Selebriti popular tanah air, Neelofa turut memberikan ucapan takziah buat César Pelli di akaun Twitter miliknya.