“Sejak Bercerai, Mama Minta Mimi Untuk Jadi Happy Tak Kisah La Dengan Siapa Pun” - Mimi Fly

Pernah gagal dalam perkahwinan, penyanyi terkenal Mimi Fly dalam Podcast Confession Bilik Gelap berkongsi kisah bersama ibunya yang sebelum ini mengawal kehidupanya kini menasihatkan dirinya untuk mencari kebahagian diri tidak kisah dengan sesiapa pun. 

 

“sejak bercerai, mama minta mimi untuk jadi happy tak kisah la dengan siapa pun” - mimi fly

 

“Mama nak Mimi happy, tak kisah siapa Mimi nak asalkan Mimi happy”, kata ibunya. 

 

Menurut Mimi, sebelum ini Mimi melihat ibunya seperti mengawal hidupnya dan Mimi akui tidak suka apabila dikawal sebegitu. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)

 

 

“Lagi dia control, lagi Mimi rebel, apa yang Mama kata jangan buat itu yang saya lagi nak buat”, ujarnya. 

 

Namun selepas perceraiannya ibu kepada penyanyi ini mula berlembut dengan dirinya. 

 

“Bila Mama cakap asalkan Mimi happy, sekarang tanggung jawab saya untuk happy dalam sebuah hubungan itu. Jadi bila saya tak happy saya “chaw” 

 

“Sebab dia tak selari dengan apa yang Mama nak”, tambahnya. 

 

Dengarkan episod penuh Podcast Confession Bilik Gelap hanya di sini!