Amir Jahari ‘Kembali’ Dengan Album Yang Dinantikan Ramai

Penyanyi, komposer lagu dan penulis lirik, Amir Jahari, kini kembali dengan album terbarunya yang dinanti-nantikan, “Kembali”.

Hasil perjalanannya selama 13 tahun dalam industri seni muzik Malaysia, album ini meneroka pelbagai genre dengan sentuhan pop-rock-folk dengan pengaruh Nusantara, yang turut mengangkat tema kemanusiaan serta kerohanian.

amir jahari ‘kembali’ dengan album yang dinantikan ramai

Album “Kembali” memuatkan sejumlah 15 lagu, iaitu 12 lagu baru serta tiga lagu rakaman semula, iaitu Hasrat dengan susunan yang diolah khas. 

“Sampai Ke Bulan” pula ditulis oleh Amir Jahari sepenuhnya untuk album 2013 Faizul Sany, serta single pertamanya “Tanpamu” yang diberi nafas baru bersama penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak iaitu Nana Sheme.

‘Album ini juga mendapat sentuhan magis beberapa orang produser serta pemuzik tanah air termasuk AG Coco (Hujan). “Kembali akan menjadi satu titik permulaan yang baru untuk Amir dan pasukan untuk melangkah lebih ke hadapan di dalam industri muzik,” kata Amir.

“Kembali” merupakan album yang telah dipendam lama tentang hidup untuk memberi dan kembali kepada asal usul”. Single terbaru, “Kenangan” telah pun dikeluarkan pada 31 Mei 2024 di semua platform penstriman manakala muzik video rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.