Ada Lesen Tapi Takut Nak Bawa Kereta? Korang Boleh Mulakan Dengan Tips Ni

Artikel ini ditaja oleh Honda

wanita belajar pandu keretaKredit: Canva; Edit: SYOK

Berapa umur korang masa ambil lesen memandu? Ada yang seawal 17 tahun dan ada juga yang dah menghampiri usia emas. Bila dah ada lesen, memang mudah nak bergerak ke sana-sini. Tak perlu tunggu orang dan tentunya menjadikan kita lebih berdikari.

Tetapi tak semua orang terus berani untuk bawa kereta walaupun dah ada lesen. Selalunya jadi macam ni sebab dah terlalu lama tak drive disebabkan tiada keperluan atau tiada kenderaan sendiri, atau pun pernah melalui fasa trauma yang memberi kesan mendalam.

Bila dah lama sangat tak bawa kereta, mulalah rasa kurang yakin, nervous, berpeluh-peluh dan takut untuk memulakan pemanduan. Kalau korang alami masalah yang sama macam ni, korang perlukan sedikit bantuan untuk tambahkan keyakinan.

wanita nervous pandu keretaKredit: Canva

Ini yang korang boleh lakukan untuk dapatkan keberanian dan keyakinan drive kereta

Kunci utamanya adalah practice makes perfect. Lagi banyak korang praktis bawa kereta, korang akan bertambah yakin dan lebih berani untuk drive lebih jauh. Paling penting, korang:

#1 Jangan peduli kata-kata negatif 

Orang boleh cakap macam-macam; boleh mengutuk, beri galakan atau buatkan kita down. Abaikan kata-kata negatif, dan jadikan kata-kata positif sebagai penguat semangat untuk korang capai misi kali ni.

#2 Cuaca kereta

Mencabar nak drive semasa hujan lebat. Sebab tu kena pastikan cuaca elok dan kereta dalam keadaan terbaik sebelum mula praktis. Jangan lupa adjust seat, side mirror dan cermin pandang belakang sebelum mula memandu.

#3 Ajak kawan teman

Ajak member teman kat sebelah untuk bagi semangat. Tetapi kenalah cari kawan yang cool. Kalau dapat yang suka-suka mengarah dan panik, lagi bertambah stress la jawabnya!

#4 Mulakan dengan tempat lapang

Mulakan dengan tempat lapang yang tak banyak kereta dan orang, seperti kawasan parkir. Belajar kawal stereng, memandu di jalan lurus dan parking kenderaan di petak yang betul.

#5 Upgrade bawa di jalan raya 

Bila dah mahir dan semakin yakin, bolehlah upgrade bawa kereta di jalan raya. Cari jalan yang kurang sesak, atau korang boleh try drive di lebuh raya.

#6 Rancang perjalanan 

 

Bila dah bertambah yakin, boleh perlahan-lahan bawa kereta setiap hari. Tak kiralah untuk ulang alik ke tempat kerja atau sekadar bersiar-siar. Tetapi kenalah rancang waktu perjalanan supaya tak tersangkut kat traffic jam atau ‘simpang keluar’ yang mencabar.

#7 Gunakan kereta dengan ciri keselamatan terbaik 

Kereta yang ada ciri keselamatan terbaik ni memang sangat membantu. Terutamanya yang ada kamera reverse multi sudut, bantuan naik bukit dan G-Con. Ada banyak kereta dengan ciri keselamatan terbaik di pasaran.

Salah satunya Winsome Runabout Vehicle (WR-V) serba baharu keluaran Honda 

honda-wrv

Kredit: Honda

Antara ciri keselamatan menjadi antara aspek penting kereta Honda adalah Honda LaneWatch, Honda SENSING dan Honda CONNECT. Dengan ciri-ciri ini, korang boleh drive dengan tenang sebab adanya features yang membantu korang untuk melihat status kereta, mencari kedudukan kereta, selain memastikan korang berada di laluan yang betul bagi mengelakkan perlanggaran.

honda sensing wrv baharuKredit: Honda

pandu kereta mudah dengan honda

Kredit: Honda

kamera multi sudut honda wrv

Kredit: Honda

Ini antara 8 ciri keselamatan yang ada pada Honda WR-V serba baharu

  1. Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification)
  2. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  3. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  4. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  5. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  6. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  7. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  8. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)

Reka bentuk WR-V serba baharu ni pun stylish dan moden. Ada cermin sisi lipat automatik, butang push-start, penghidup enjin kawalan jauh dan kunci automatik bila beredar.

Kereta ni juga dilengkapi paparan audio 7-inci dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ Connectivity, penyaman udara automatik dan kemasan kulit yang stylo.

paparan-audio-kereta-sofistikated

Kredit: Honda

Nak bawa barang banyak? Tak perlu risau. Ada ruang yang luas dan praktikal dengan ruang kargo seluas 380-liter dan konfigurasi kerusi belakang 60:40 yang fleksible untuk membawa muatan lebih besar.

ruang-simpanan-besar-suv-kecil-honda

Kredit: Honda

Dan paling penting WR-V serba baharu 5 tempat duduk ini didatangkan dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menjimatkan minyak, menghasilkan kuasa maksimum 121PS serta tork 145Nm dan diintegrasikan dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) bagi prestasi pemanduan luar biasa.

Dah ready nak drive dengan WR-V serba baharu? 

pemanduan-lancar-jimat-minya-honda-wrvKredit: Honda

Untuk korang yang tengah cari kereta tu, WR-V serba baharu ni memang terbaik. Korang boleh pilih salah satu daripada 4 varian dengan harga on the road tanpa insurans RM89,900 ke atas.

 

all new honda wrv baharu

Kredit: Honda

Apa tunggu lagi? Jom segera ke pengedar sah Honda di seluruh negara. Korang juga boleh hubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau layari ke laman web Honda Malaysia untuk info lanjut!