Pasangan Dengar ‘Suara’ Anak Panggil Dari Luar Bilik Hotel Pukul 2 Pagi

Kejadian di Melaka, pelancong tempatan berhadapan pengalaman ngeri di dalam hotel apabila kerusi bergerak sendiri, bunyi cakaran pada dinding dan suara panggilan anak di luar bilik hotel. 

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @meiyalabel, bilik hotelnya yang mewah dan selesa bertukar menjadi tragedi. 

“Saya pilih hotel ini untuk memudahkan perjalan ke pusat beli belah, perkara mula jadi seram kira-kira pukul 1.30 pagi hingga 3.30 pagi selepas banyak mendengar bunyi yang pelik.

“Bayangkan pukul 2 pagi dengar bunyi cakaran pada dinding bangunan, ditambah pula bunyi tombol pintu dipusingkan, pukul 6.30 pagi baru saya boleh tidur,” katanya.

Seterusnya, seorang lagi pengguna TikTok @asyikin.along berkongsi yang dia mendengar suara anaknya memanggil dari luar bilik hotel. 

“Anak saya ketika itu tidur di bilik hotel bersama adik saya, di sebelah bilik sahaja, saya kemudian bangun untuk lihat sama ada betul anak saya ada di luar pintu bilik.

“Apabila buka pintu bilik tak nampak pula anak saya di luar, saya kemudian mendapatkan adik saya yang tidur di bilik sebelah, dia memaklumkan anak saya sudah tidur sejak pukul 12 malam lagi.

“Bukan saya sahaja dengan suara anak saya pada pukul 2 pagi itu, suami saya juga dengar, bagi tidak memanjangkan lagi isu ini kami mengambil keputusan untuk jelaskan pada adik saya keesokan harinya,” katanya.

 

Sumber: Kosmo