‘‘Takkan Nak Membuang Dalam Seluar?,’’ Lelaki Kecewa Gaji Dipotong Sebab Lama Sangat Dalam Tandas

Seorang lelaki dari Taiwan mencetuskan kontroversi di media sosial selepas mengadu menerima potongan gaji kerana menghabiskan terlalu banyak masa dalam tandas semasa waktu kerja.

‘‘takkan nak membuang dalam seluar?,’’ lelaki kecewa gaji dipotong sebab lama sangat dalam tandas

Pekerja yang hanya dikenali sebagai 'Mr. A. ’, baru-baru ini menggunakan Facebook untuk menyuarakan kekecewaannya kerana sebahagian daripada gaji bulanannya dipotong oleh syarikat tempat dia bekerja, kerana telah menghabiskan terlalu banyak masa dalam tandas pada bulan sebelum itu.

 

Lelaki itu mengaku menghabiskan 49.5 jam masa di tandas, atau kira-kira dua jam setiap hari, tetapi mengatakan bahawa majikannya tidak pernah memberitahu bahawa gajinya akan dipotong akibat perbuatannya itu.

 

“Kalau saya tidak boleh lama dalam tandas, takkan saya nak membuang dalam seluar? Habis berbau satu pejabat”, tulis Mr. A.

‘‘takkan nak membuang dalam seluar?,’’ lelaki kecewa gaji dipotong sebab lama sangat dalam tandas

Kisah lelaki itu disiarkan dalam kumpulan di Facebook, Blame 2 Commune, meminta ahli lain untuk memberikannya nasihat mengenai isu terbabit.

 

Beliau menjelaskan bahawa dia telah bekerja 22 hari pada bulan lalu, selama 195 jam dan gaji setiap jamnya adalah sebanyak 160 yuan (kira-kira RM100.97). Namun ketika hari pembayaran gaji, beliau mendapati terdapat lebih kurang 4,400 yuan telah dipotong, membuatkannya rasa tidak puas hati.

 

Selepas merujuk perkara itu kepada bahagian sumber manusia tempatnya bekerja, rakaman CCTV menjadi bukti yang dia menghabiskan masa kira-kira dua jam setiap hari dalam tandas.

 

Hantaran Mr. A di Facebook ini nyata mendapat perhatian ramai yang mempunyai pendapat masing-masing, termasuklah bersetuju dengan tindakan syarikat memotong gajinya kerana sering menghabiskan masa dalam tandas.

 

Sumber: Oddity Central