COVID-19: 2 Kematian Dilaporkan, 1 Di Johor, 1 Di Sarawak

covid-19: 2 kematian dilaporkan, 1 di sri petaling, 1 di sarawak

Kementerian Kesihatan telah mengesahkan terdapat dua kematian akibat wabak COVID-19. Melalui akaun twitter KKM, satu kes adalah seorang lelaki yang pernah hadir ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Lelaki yang berusia 34 tahun itu merupakan kes yang ke 178. Beliau mula bergelaja COVID-19 pada 5 Mac dan diberi rawatan di Hospital Permai, Johor.

Kes kedua pula melibatkan kes yang ke 358. Pesakit mempunyai sejarah kronik dan mula bergejala pada 7 Mac. Lelaki yang berusia 60 tahun itu berasal dari Sarawak. Beliau dimasukkan ke dalam hospital pada 7 Mac di Hospital Umum Sarawak.

Sekadar peringatan kepada korang, terus menjaga kesihatan dan kebersihan. Basuh tangan sekerap yang mungkin dan segera dapatkan nasihat doktor seandainya mempunyai tanda-tanda COVID-19.

Sumber: Twitter KKM