Nabila Razali Sekali Terima Pujian Ramai, Buat Lagu ‘Raya Mana’ Dalam Bahasa Isyarat

Sekali lagi penyanyi Nabila Razali berjaya meraih pujian ramai selepas tampil menjadi penterjemah lagu raya miliknya iaitu Raya Mana ke dalam bahasa isyarat.

Menerusi video yang dikongsinya, Nabila akui belajar bahasa isyarat melalui Youtube. 

“Saya belajar melalui YouTube sahaja.

“Kalau salah, kalian betulkan okay,” katanya dalam ruangan kapsyen.

 

 

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Nabila yang cuba untuk menterjemah lagunya itu dalam bahasa isyarat.

Video ini juga turut menerima perhatian daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Sudahlah cantik, pandai bahasa isyarat pula.

“Terima kasih Nabila sebab terjemahkan lagu ini untuk golongan OKU,” puji netizen.

Sumber: Kosmo