Masjid Ini Tawar Hadiah Motor Jika Berjaya Berjemaah 40 Hari

Dalam usaha menggalakan lebih ramai untuk mengimarahkan masjid, sebuah masjid di Melaka kini menawarkan empat buah motosikal kepada jemaah yang bertuah.

masjid ini tawar hadiah motor jika berjaya berjemaah 40 hari

Memetik laporan daripada akhbar tempatan, Masjid Nur As-Sa’adah di Kampung Pengkalan Batu akan memberikan motosikal itu kepada mereka yang berjaya menunaikan solat Subuh dan Isyak secara berjemaah selama 40 hari.

 

Menurut Pengerusi Masjid, Datuk Amzah Osman berkata, pemberian hadiah itu di bawah Program Istiqamah Subuh dan Isyak Berjemaah 40 hari yang dianjurkan bermula 1 Mac hingga 9 April, diadakan khusus kepada jemaah dewasa mengikut empat kategori yang telah ditetapkan.

 

Kategori itu adalah anak kariah, penduduk luar, pegawai syarak serta jawatankuasa dan pekerja masjid. Jenis motosikal yang ditawarkan pula adalah Modenas Kriss 110 yang bernilai RM4,000 sebuah.

 

Terdahulu, kira-kira 100 kanak-kanak dan remaja di kawasan Kampung Pengkalan Batu menyahut cabaran menunaikan solat Subuh selama 40 hari di masjid dengan hadiah 20 buah basikal kepada mereka yang berjaya melakukannya.

masjid ini tawar hadiah motor jika berjaya berjemaah 40 hari

Mengulas lanjut, Datuk Amzah berkata setakat ini sudah lebih 30 penyertaan diterima termasuk daripada golongan wanita.

 

Tambah lagi, bagi meningkatkan peluang kemenangan, peserta boleh menunaikan solat fardu yang lain secara berjemaah atau menyertai program lain anjuran masjid.

 

Sumber: [1]