Siswa, Undilah Dengan Bijak

PRN Johor: 2.57 juta pengundi biasa layak mengundi 

AWANI (gambar hiasan) 

Siapa yang first time mengundi masa PRU15 nanti? Geng student uni ada? KJ dulu sempat kali pertama mengundi time belajar kat uni. Thrilled! Time tu tak terfikir nak tukar kawasan ke, nak tukar status pengundi ke…walaupun kena melalui perjalanan beribu batu. Hati time tu lebih kepada teruja nak tunai tanggungjawab sebagai warganegara yang baik. Eccewah!

Masa tu antara moment yang best dapat balik kampung mengundi. Undi siapa? Ohhh kekal rahsia. Ha tu era KJ. Masa PRU15 nanti lagilah ramai orang muda dapat peluang pilih pemimpin dan kerajaan sebab had umur mengundi dah diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun. Pelaksanaan pendaftaran pemilih pun sekarang adalah secara automatik. Ni bagi KJ lambang dan simbolik peranan dan undi golongan muda makin diiktiraf. Tapi ni pun datang bersama amanah. Bukan pemimpin je kena amanah, kita yang buat pilihan ni pun kena mengamanahkan setiap undi yang kita bagi. Haaa deep ke idok? Jadi sebab tulah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) nak tubuh Jawatankuasa Program Memperkasakan Pendidikan Pengundi Pelajar (Undi18). Peranannya sebagai platform untuk bincang pelaksanaan program-program pendidikan pengundi yang melibatkan mahasiswa. Jawatankuasa tu nanti antaranya dianggotai wakil-wakil Hal Ehwal Pelajar (HEP), alumni universiti, IPT dan SPR.

Satu lagi, SPR memaklumkan daftar pemilih tambahan Julai 2022 dah dibuka untuk semakan sehingga 14 September. Ni melibatkan rakyat berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2022 serta pemilih berdaftar yang dah mohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status. Semakan boleh dibuat guna 5 kaedah antaranya menerusi portal SPR.

Tarikh PRU takde lagi tapi takpe, lambat ke… cepat ke takpe, kita ready je. Mengundi ni dik bukan hanya tentang hak dan pilihan tapi jugak tanggungjawab besar walaupun cuma 1 kertas undi. Sama seperti pemimpin, kita juga akan disoal di sana nanti. Last sekali, jangan rosakkan kertas undi pulak. Jangan ada niat!

 

Oleh: KJ 

Sumber & gambar:  AWANI, Sinar Harian, Harian Metro, Berita Harian & internet