Umum Tinggalkan MeleTOP, Siapa Yang Layak Menggantikan Neelofa?

 

umum tinggalkan meletop, siapa yang layak menggantikan neelofa?

Semalam sewaktu berlangsungnya siaran langsung rancangan hiburan, MeleTOP salah seorang pengacaranya, Neelofa telah mengumumkan untuk berundur diri.

Selepas lapan tahun menjadi hos rancangan yang diudarakan pada setiap hari Selasa jam 9 malam itu, Neelofa bakal menamatkan perkhidmatannya pad 31 Disember ini.

Keputusan itu dibuat kerana Neelofa mahu memberi tumpuan kepada kerjayanya yang lain.  

"Perjalanan kerjaya saya bukan sekadar lakonan dan pengacaraan tetapi juga kecantikan dan fesyen, semua itu menambah warna dalam hidup saya.

"Di Astro juga tidak pernah ada program premium yang boleh meletakkan A-Listers untuk berborak tentang hal peribadi dan profesional, dan mereka memberi cabaran itu kepada saya untuk saya terokai," kata Neelofa berhubung perancangan lain yang dimaksudkan.

Pengumuman itu dibuat Neelofa secara langsung menerusi Meletop yang disiarkan pada Selasa.

Persoalannya sekarang, siapa pula yang akan menggantikan tempat Neelofa sebagai pengacara. Korang rasa siapa yang layak?

 

Sumber: Astro Awani