Harga Spare Part Motosikal Naik Sebanyak Tiga Kali

Isu kenaikkan harga barang seperti makanan dan keperluan lain nampaknya menjadi perhatian ramai sejak akhir-akhir ini.

 

Terbaharu, alat ganti motosikal juga dilaporkan berhadapan dengan situasi serupa dengan peningkatan sebanyak tiga kali pada kadar sekitar lima hingga 10 peratus.

harga spare part motosikal naik sebanyak tiga kali

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, situasi kenaikan harga alat ganti motosikal kali ini paling ketara sejak Januari lalu.

 

Menurut seorang peniaga alat ganti motosikal, kenaikan harga seperti minyak enjin, tayar, rantai, sprocket dan pelapik brek dilihat meningkat antara tiga hingga lapan peratus. Tahun ini sahaja, sudah dua kali harga barang dinaikkan iatu pertama kali pada awal tahun disebabkan masalah pengangkutan menyebabkan bekalan kurang dan kedua pada pertengahan tahun.

 

Masalah kekurangan bekalan telah menjadi penyebab kepada peningkatan harga alat ganti ini dan ia turut memberi kesan kepada pemilik bengkel yang sudahpun menerima notis daripada pembekal akan kenaikan harga barangan seperti tayar, rantai dan alat ganti tidak lama lagi.

 

“Perkara ini menjadi teka­nan kepada peniaga terutama pengusaha bengkel yang baru bangkit selepas penutupan perniagaan selama hampir enam bulan.

“Tiga kali kenaikan harga dialami pada tahun ini sahaja. Memang tidak dapat elak, pengguna pun mengeluh de­ngan membandingkan harga lama dan baharu pada tahun ini,” luah seorang pemilik bengkel dalam laporan terbabit.

 

Berikut adalah senarai harga alat ganti motosikal di sekitar Shah Alam seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia:

Tayar motosikal saiz 80 / 90:
Harga kedai alat ganti: RM53 – RM58 (harga baharu) / RM49 – RM54 (harga lama)
Harga bengkel: RM75 – RM125 / RM65 – RM70

Tayar motosikal saiz 70 / 90:
Kedai alat ganti: RM43 – RM48 / RM40 – RM45
Bengkel: RM65 – RM115 / RM55 – RM80

Minyak hitam mineral 1 liter
Kedai alat ganti: RM10 – RM20 / RM7.00 – RM15
Bengkel: RM15 hingga RM18 / RM15 – RM18

Minyak hitam sintetik penuh / separa 1 liter
Kedai alat ganti: RM30 – RM35 / RM23 – RM33
Bengkel: RM38 – RM42 / RM29 – RM38

Rantai motosikal biasa
Kedai alat ganti: RM15 – RM20 / RM12 – RM17
Bengkel: RM48 – RM78 / RM45 – RM75

Pelapik brek
Kedai alat ganti: RM4 – RM8 / RM3 – RM7
Bengkel: RM14 – RM25 / RM8 – RM20

 

Sumber: Utusan Malaysia