Filem WIRA: Gabungan Hairul Azreen, Fify Azmi Menjadi

filem wira: gabungan hairul azreen, fify azmi menjadi

Semalam kitorang dijemput untuk menghadiri malam gala dan preview filem Wira. Untuk pengetahuan korang, filem Wira telah diarahkan oleh pengarah filem PASKAL. Jadi, korang dah imagine betapa gempaknya filem Wira ni.

Selain itu, filem Wira menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Fify Azmi (pendatang baru) Dain Said, Dato Hilal Azman, Yayan Ruhian (pelakon aksi Indonesia bertaraf antarabangsa), Ismi Melinda dan ramai lagi.

Dari segi jalan cerita, korang kena tengok sendiri sebab kami tak nak lah nanti terbagi spoiler. Boleh dikatakan setiap babak mempunyai elemen yang menarik dan cukup rencah. Silap-silap rahang korang boleh terjatuh pada setiap babak.

Apa yang kitorang nak cakap adalah dari segi lakonan. Semua orang mesti dah tahu kan, bagaimana aksi Hairul Azreen. Kitorang dapat rasakan persembahan Hairul Azreen untuk filem ini lebih mantap dan sangat tajam. Hairul Azreen benar-benar membawa watak Hassan ke satu tahap yang lain.

Apa yang paling mengujakan adalah lakonan Fify Azmi. Biarpun Fify merupakan pendatang baru dalam insdutri filem, namun, persembahan Fify sungguh mengujakan. Membawa watak sebagai adik kepada Hassan, Zain, korang mesti tak percaya yang Fify sebenarnya adalah seorang finalis Dewi Remaja. Aksi yang dipersembahkan seolah-olah Fify sering ‘bermain’ di hadapan kamera sebagai seorang pelakon aksi. *standing ovation untuk Fify*

Pelakon-pelakon lain seperti Yayan, Zain Said dan Dato Hilal Azman tidak perlu dipertikai lagi. Sememangnya berada di satu tahap yang sukar dipertikaikan. Setiap satunya membawa watak bagaikan mereka pernah mengalami cerita tersebut.

Jadi, korang semua jangan ketinggalan untuk menonton filem Wira bermula 21 November ini dekat seluruh pawagam yang berdekatan dengan korang!

Tahniah team Wira! Semoga filem ini bakal menjadi pencetus dan memecah box-office!