Yeay! Kes COVID-19 Dah Bawah 1000 Kes

yeay! kes covid-19 dah bawah 1000 kes

Alhamdulillah, nampaknya kes COVID-19 dah menurun daripada angka 1000 kes. Menurut KKM, sehinga jam 12 tengah hari 9 Disember, terdapat 959 kes positif baharu. Daripada jumlah itu, 953 daripadanya kes tempatan dan 6 merupakan kes import.

Kes sembuh baharu juga mengatasi kes positif apabila lagi 1,068 kes sembuh dicatatkan. Terima kasih kepada seluruh petugas KKM yang sentiasa berusaha untuk mengawal keadaan ini.

Bagaimanapun, terdapat lima kematian dicatatkan pada hari semalam. Dengan itu, jumlah kematian akibat pandemik ini telah menjadi 393 semenjak wabak ini mula menular di negara kita.

Sumber: KKM