Lagi 1,295 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan, Tujuh Kematian Baharu Dicatatkan

lagi 1,295 kes positif covid-19 dilaporkan, tujuh kematian baharu dicatatkan

Penularan COVID-19 di Malaysia nampaknya terus berada di paras 1,000 angka. Untuk hari semalam, 16 Disember, terdapat 1,295 kes positif baharu. Daripada jumlah itu 1,285 daripadanya merupakan kes tempatan dan 10 kes import.

Selain itu KKM juga turut melaporkan 1,052 kes sembuh baharu. Ini menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan adalah sebanyak 72,733 kes.

Bagaimanapun, terdapat tujuh kematian baharu yang dicatatkan sehingga semalam. Angka kematian telah bertambah menjadi 429 kes secara keseluruhannya.

Sumber: Instagram KKM