Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi buat ambil keputusan ingin bersara daripada kejohanan MotoGP.
Dia yang lebih dikenali dengan gelaran Super KIP itu berkata demikian dalam satu temubual bersama Nadi Arena.
Seperti ada yang terbuku dalam hati pelumba berusia 22 tahun itu ketika memberi penjelasan dengan keputusan yang dibuatnya itu.
Pelumba kelahiran Perak itu menjelaskan tiada gunanya untuk dia terus menceburkan diri dalam sukan permotoran kerana merasakan beberapa perkara tidak boleh ditingkatkan.
Dia akui sukan permotoran memerlukan individu yang boleh membantu dalam usaha memperbaiki keputusan yang diperoleh dan Super KIP sifatkan individu sedemikian sukar dicari.
Khairul Idham kini ingin melupakan segala yang berlaku dan ingin melakukan apa yang akan membuatnya gembira pada masa depan.
Sepanjang 5 tahun beraksi dalam MotoGP, dia pernah menjuarai GP Argentina dan GP Jerman pada 2016 dalam saingan Moto3 untuk muncul pelumba Malaysia pertama berbuat demikian.
Sementara itu, Persatuan Permotoran Malaysia akan adakan perjumpaan dengan Khairul Idham Pawi pada 15 Disember ini.
Ia bagi membincangkan keputusan pelumba Moto3 negara itu yang mengumumkan ingin bersara daripada saingan MotoGP biarpun baru berusia 22 tahun.
Setiausaha Agungnya beritahu Kosmo, pihaknya akan berusaha sedaya-upaya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pelumba tersebut.
Peminat sukan permotoran mesti tahu yang Super KIP bergelut dengan kecederaan sebelum ini kan?
Sampai dia sanggup jalani pembedahan untuk memotong jari kelingkingnya sebagai usaha untuk meneruskan kariernya.
Sayang lah kalau tiba-tiba dia ambil keputusan untuk bersara.
Harap-harap semua Persatuan Permotoran Malaysia dapat pujuk Super KIP untuk meneruskan kariernya dan berjaya selesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Ye lah, lagipun terlalu muda rasanya untuk Super KIP bersara.
Oleh: Karami Kamel